Assalamualaikum….
Yang Dihormati Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Koordinator Fakulti Pengurusan Maklumat, En Abdul Razak Abu, AJK Bengkel Aplikasi Blog 2.0, seterusnya penasihat kelab dan persatuan sekalian.
Bengkel Aplikasi Blog ini merupakan hasil kerjasama antara Hal Ehwal Pelajar (HEP)dengan Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM), UiTM Johor. Seperti yang semua sedia maklum, blog merupakan satu platform untuk seseorang atau organisasi menyampaikan maklumat. Pengimplementasian Bengkel Blog 2.0 amatlah relevan dengan situasi semasa hari ini.
Sebelum melaksanakan blog ini, banyak permasalahan yang terpaksa dihadapi oleh pihak HEP untuk memantau kegiatan dan aktiviti persatuan/kelab. Format laporan yang tidak seragam juga merupakan masalah yang utama. Dengan itu, pihak HEP dan FPM telah mengambil inisiatif untuk membangunkan Blog HEP supaya dapat membuat pemantauan dan menghebahkan maklumat terkini.
Hadirin sekalian,
Seperti yang semua sedia maklum, tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang blog 2.0 seterusnya membuat penyeragaman blog bagi kelab dan persatuan supaya lebih efektif dan sistematik. Ia juga diadakan bagi memberikan panduan untuk membuat laporan kelab dan persatuan supaya menepati ‘standard’dan piawaian serta memudahkan pemantauan oleh HEP.
Pelbagai faedah yang akan kita perolehi dengan mengikuti bengkel ini. Antaranya adalah laporan kelab dan persatuan akan dapat dihantar dengan cepat dan mudah. Penjimatan kos untuk penggunaan kertas juga boleh dielakkan. Oleh itu, saya menyeru dan memohon kerjasama daripada semua penasihat kelab dan persatuan supaya senantiasa mengemaskini blog yang dikendalikan. Semua aktiviti yang dimasukkan ke dalam blog akan dipantau oleh pihak HEP. Semoga semua penasihat kelab dan persatuan memainkan peranan masing untuk mengaplikasikan blog 2.0.
Dengan lafaz yang mulia ‘Bismillahhirrahmanirrahim’ saya merasmikan ‘Blog Persatuan & Kelab UiTM Johor’.
Sekian, terima kasih.
PM Haji Abdullah Abd Latib
Timbalan Pengarah HEP & Alumni