Monday, 18 April 2011

PERMOHONAN AKTIVITI PELAJAR SEMESTER MEI - OKTOBER 2011

MAKLUMAN


YANG DIPERTUA MPP DAN SEMUA PRESIDEN PERSATUAN / KELAB / KOLEJ / UNIT HEP YANG BERCADANG UNTUK MEMBUAT PERANCANGAN AKTIVITI PELAJAR BAGI SEMESTER MEI – OKTOBER 2011 DIKEHENDAKI MENGAMBIL BORANG PERMOHONAN MENJALANKAN AKTIVITI (BORANG C – HEP C/1) DI KAUNTER PEJABAT AM HAL EHWAL PELAJAR (KAUNTER 2) PADA WAKTU PEJABAT. TARIKH TUTUP PENGHANTARAN BORANG C ADALAH SELEWAT-LEWATNYA PADA 13 MEI 2011


AKTIVITI-AKTIVITI PELAJAR DIHADKAN KEPADA:-


1. UNIT-UNIT HAL EHWAL PELAJAR : 5 AKTIVITI

2. PERSATUAN / KELAB : 3 AKTIVITI (Tidak Termasuk AGM)

3. KOLEJ KEDIAMAN : 5 AKTIVITI


* SILA AMBIL PERHATIAN


Yang Dipertua MPP dan semua Presiden Persatuan/Kelab/Kolej dan Unit HEP mestilah menghantar PERANCANGAN AKTIVITI semester Mei – Oktober 2011 berserta dengan BORANG PERMOHONAN AKTIVITI (BORANG C – HEP C/1).


SEKIAN, HARAP MAKLUM.

TERIMA KASIH.



PENOLONG PENDAFTAR

b/p TIMBALAN REKTOR

HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI

Wednesday, 23 March 2011

KEMASKINI LAPORAN PERSATUAN/KELAB/KOLEJ 2011

Semua
Presiden Persatuan/Kelab/Kolej

Kerjasama saudara/saudari kemaskinikan laporan aktiviti persatuan/kelab/kolej untuk tahun 2011.Kerjasama semua diucapkan ribuan terima kasih.


Hamedah binti Hj. Samsuri
b.p Penolong Pendaftar
Hal Ehwal Pelajar & Alumni

PEKELILING REKTOR BIL:04/2011

PEKELILING REKTOR UiTM JOHOR BIL. 04/2011

Kepada
Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar
Presiden Jawatankuasa Perwakilan Kolej
Presiden Persatuan / Kelab
Universiti Teknologi MARA
JOHOR DARUL TA’ZIM

Saudara/Saudari

PENANGGUHAN AKTIVITI PELAJAR SEMESTER DISEMBER 2010 – MEI 2011

Seperti yang saudara/saudari sedia maklum, peperiksaan akhir semester akan bermula pada 20 April 2011 yang akan datang. Sehubungan itu, bagi memberikan kelapangan waktu kepada siswa/siswi untuk menumpukan sepenuh masa dan perhatian kepada persiapan bagi menghadapi peperiksaan akhir, semua bentuk aktiviti pelajar akan ditangguhkan mulai 5 April 2011.

Walau bagaimanapun, majlis-majlis jamuan makan/Solat Hajat Perdana adalah dikecualikan dan masih dibenarkan.

Sekian untuk makluman dan perhatian semua siswa/siswi dan Selamat Menghadapi Peperiksaan dan Semoga Berjaya

Sekian.

Yang benar



PROF. MADYA DR. HAJI OMAR BIN SAMAT
Rektor

Surat kami : 100-UiTMJ (PNG 6/7/2)
Tarikh : 15 Mac 2011 bersamaan 10 Rabiul Akhir 1432 H

Tuesday, 15 March 2011

Format Borang C Terbaru

Klik pada pautan berikut untuk download Format Borang C Baru.

Borang C Baru

Monday, 21 February 2011

KEMENANGAN PERSATUAN PELAJAR UiTM JOHOR DI MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR UiTM 2010

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh/Salam Sejahtera....

Pihak Pengurusan HEP & Alumni UiTM Johor merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pemenang iaitu 2 persatuan telah berjaya memenangi Anugerah Persatuan Pelajar (Program Terbaik) pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Persatuan/Kelab tahun 2010 yang diadakan di Dewan Seri Budiman UiTM Shah Alam pada 26 Januari 2011 yang lalu.

Persatuan pelajar yang berjaya terdiri daripada:

1) Jawatankuasa Sukan Pelajar (JPS)
Johan Anugerah Program Terbaik (Kategori sukan & Rekreasi) - Program Karnival Sukan Ekstrem

2) Usahawan Siswa Bistari
Johan Anugerah Program Terbaik (Kategori Keusahawan) - Kursus Penubuhan & Pengurusan Syarikat dengan kerjasama Sindora Berhad - UiTM Johor.

Taniah sekali lagi diucapkan kerana telah mengharumkan nama UiTM Johor dan semoga kemenangan ini menjadi inspirasi kepada persatuan/kelab pelajar yang lain untuk mencapai yang lebih gemilang.

Wassalam.


Hamedah Haji Samsuri
b.p Penolong Pendaftar
Hal Ehwal Pelajar & Alumni.

Sunday, 25 July 2010

Laporan Aktiviti Persatuan

Tarikh dan Lokasi : MINGGU MITEK DI DATARAN SRI BENDAHARA, UiTM JOHOR.

Nama Penganjur : JPK KOLEJ

Tarikh Laporan Disediakan : 15 MEI 2010



LAPORAN EKSEKUTIF

PENGENALAN

~ Menyokong karnival MITEK (memeriahkan lagi suasana).

~ Menimba pengalaman disamping menambah sumber kewangan kami.

~ Mencapai Al-Falah seperti galakan dalam Islam.


LATAR BELAKANG

~ Dijalankan di salah satu gerai yang disediakan oleh penganjur MITEK.

~ Menjual pelbagai jenis buah-buahan, makanan ringan dan air dengan harga yang berpatutan.

~ Bekerjasama dalam menguruskan gerai, iaitu giliran dalam menjaga gerai dan menjaga kebersihan gerai.



HURAIAN PENILAIAN

~ Kami telah menjalankan jualan selama 5 hari dengan jayanya.

~ Jualan kami habis dan mendapat sedikit untung.

Saturday, 10 July 2010

UCAPAN PERASMIAN BLOG PERSATUAN & KELAB UiTM JOHOR

Assalamualaikum….

Yang Dihormati Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Koordinator Fakulti Pengurusan Maklumat, En Abdul Razak Abu, AJK Bengkel Aplikasi Blog 2.0, seterusnya penasihat kelab dan persatuan sekalian.

Bengkel Aplikasi Blog ini merupakan hasil kerjasama antara Hal Ehwal Pelajar (HEP)dengan Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM), UiTM Johor. Seperti yang semua sedia maklum, blog merupakan satu platform untuk seseorang atau organisasi menyampaikan maklumat. Pengimplementasian Bengkel Blog 2.0 amatlah relevan dengan situasi semasa hari ini.
Sebelum melaksanakan blog ini, banyak permasalahan yang terpaksa dihadapi oleh pihak HEP untuk memantau kegiatan dan aktiviti persatuan/kelab. Format laporan yang tidak seragam juga merupakan masalah yang utama. Dengan itu, pihak HEP dan FPM telah mengambil inisiatif untuk membangunkan Blog HEP supaya dapat membuat pemantauan dan menghebahkan maklumat terkini.
Hadirin sekalian,

Seperti yang semua sedia maklum, tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang blog 2.0 seterusnya membuat penyeragaman blog bagi kelab dan persatuan supaya lebih efektif dan sistematik. Ia juga diadakan bagi memberikan panduan untuk membuat laporan kelab dan persatuan supaya menepati ‘standard’dan piawaian serta memudahkan pemantauan oleh HEP.
Pelbagai faedah yang akan kita perolehi dengan mengikuti bengkel ini. Antaranya adalah laporan kelab dan persatuan akan dapat dihantar dengan cepat dan mudah. Penjimatan kos untuk penggunaan kertas juga boleh dielakkan. Oleh itu, saya menyeru dan memohon kerjasama daripada semua penasihat kelab dan persatuan supaya senantiasa mengemaskini blog yang dikendalikan. Semua aktiviti yang dimasukkan ke dalam blog akan dipantau oleh pihak HEP. Semoga semua penasihat kelab dan persatuan memainkan peranan masing untuk mengaplikasikan blog 2.0.
Dengan lafaz yang mulia ‘Bismillahhirrahmanirrahim’ saya merasmikan ‘Blog Persatuan & Kelab UiTM Johor’.

Sekian, terima kasih.

PM Haji Abdullah Abd Latib
Timbalan Pengarah HEP & Alumni