Sunday 25 July 2010

Laporan Aktiviti Persatuan

Tarikh dan Lokasi : MINGGU MITEK DI DATARAN SRI BENDAHARA, UiTM JOHOR.

Nama Penganjur : JPK KOLEJ

Tarikh Laporan Disediakan : 15 MEI 2010



LAPORAN EKSEKUTIF

PENGENALAN

~ Menyokong karnival MITEK (memeriahkan lagi suasana).

~ Menimba pengalaman disamping menambah sumber kewangan kami.

~ Mencapai Al-Falah seperti galakan dalam Islam.


LATAR BELAKANG

~ Dijalankan di salah satu gerai yang disediakan oleh penganjur MITEK.

~ Menjual pelbagai jenis buah-buahan, makanan ringan dan air dengan harga yang berpatutan.

~ Bekerjasama dalam menguruskan gerai, iaitu giliran dalam menjaga gerai dan menjaga kebersihan gerai.



HURAIAN PENILAIAN

~ Kami telah menjalankan jualan selama 5 hari dengan jayanya.

~ Jualan kami habis dan mendapat sedikit untung.

Saturday 10 July 2010

UCAPAN PERASMIAN BLOG PERSATUAN & KELAB UiTM JOHOR

Assalamualaikum….

Yang Dihormati Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Koordinator Fakulti Pengurusan Maklumat, En Abdul Razak Abu, AJK Bengkel Aplikasi Blog 2.0, seterusnya penasihat kelab dan persatuan sekalian.

Bengkel Aplikasi Blog ini merupakan hasil kerjasama antara Hal Ehwal Pelajar (HEP)dengan Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM), UiTM Johor. Seperti yang semua sedia maklum, blog merupakan satu platform untuk seseorang atau organisasi menyampaikan maklumat. Pengimplementasian Bengkel Blog 2.0 amatlah relevan dengan situasi semasa hari ini.
Sebelum melaksanakan blog ini, banyak permasalahan yang terpaksa dihadapi oleh pihak HEP untuk memantau kegiatan dan aktiviti persatuan/kelab. Format laporan yang tidak seragam juga merupakan masalah yang utama. Dengan itu, pihak HEP dan FPM telah mengambil inisiatif untuk membangunkan Blog HEP supaya dapat membuat pemantauan dan menghebahkan maklumat terkini.
Hadirin sekalian,

Seperti yang semua sedia maklum, tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang blog 2.0 seterusnya membuat penyeragaman blog bagi kelab dan persatuan supaya lebih efektif dan sistematik. Ia juga diadakan bagi memberikan panduan untuk membuat laporan kelab dan persatuan supaya menepati ‘standard’dan piawaian serta memudahkan pemantauan oleh HEP.
Pelbagai faedah yang akan kita perolehi dengan mengikuti bengkel ini. Antaranya adalah laporan kelab dan persatuan akan dapat dihantar dengan cepat dan mudah. Penjimatan kos untuk penggunaan kertas juga boleh dielakkan. Oleh itu, saya menyeru dan memohon kerjasama daripada semua penasihat kelab dan persatuan supaya senantiasa mengemaskini blog yang dikendalikan. Semua aktiviti yang dimasukkan ke dalam blog akan dipantau oleh pihak HEP. Semoga semua penasihat kelab dan persatuan memainkan peranan masing untuk mengaplikasikan blog 2.0.
Dengan lafaz yang mulia ‘Bismillahhirrahmanirrahim’ saya merasmikan ‘Blog Persatuan & Kelab UiTM Johor’.

Sekian, terima kasih.

PM Haji Abdullah Abd Latib
Timbalan Pengarah HEP & Alumni

Saturday 27 March 2010

Persediaan Bergelar Mahasiswa

  • Ubah minda bahawa sistem pembelajaran di menara gading tidak sama dengan sekolah menengah atau matrikulasi terutama dari segi kaedah belajar.
  • Perlu mempersiapkan diri melalui proses sosialisasi dalam kampus.
  • Perlu bersedia untuk mempelajari dan mempertingkatkan kemahiran bahasa inggeris kerana semua rujukan di universiti dalam bahasa inggeris.
  • Mesti mempersiapkan diri lima tahun akan datang bermula dari semester pertama dengan kemahiran yang diperlukan oleh bakal majikan.
  • Bersikap holistik dan tidak boleh memfokus kepada satu agenda. Ia berlandaskan konsep holistik iaitu formula Jeri (jasmani,emosi,rohani,dan intelectual) yang hebat. Pelajar tidak hanya terperuk dibilik kuliah sebaliknya libatkan diri dengan aktiviti universiti yang sihat.
  • Bagi pelajar yang gagal mendapat kursus yang dipohon, pastikan keputusan dibuat itu adalah yang terbaik. Tidak kira apa kursus sekalipun, ia adalah satu peluang terbaik untuk melanjutkan pengajian di universiti kerana di luar lebih ramai yang gagal ke menara gading.

Apa yang perlu pelajar tahu ketika melangkah ke menara gading

  • matlamat yang jelas
  • cemerlang akademik
  • cemerlang sahsiah
  • cemerlang keterampilan diri
  • komunikasi
  • kepimpinan
  • pemikiran kritis
  • kerja berkumpulan
  • nilan dan etika
  • pembelajaran sepanjang hayat
  • keusahawanan

Persediaan sebagai pelajar seimbang

Pelajar seimbang ialah pelajar yang cemerlang dalam dua aspek utama:

  • Akademik
  • - Mencapai keputusan akademik yang cemerlang. Di menara gading sistem Purata nilai Gred Terkumpul (PNGK) 4.0 digunakan. Pelajar yang mempunyai PNGK 3.0 dan keatas dianggap cemerlang.

  • Kokurikulum
  • - Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.
  • - Aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan kemahiran insaniah pelajar.